WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Selasa, 8 Mac 2016

SOLAT GERHANA MATAHARI PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 9 Mac 2016

Fenomena Gerhana Matahari Separa berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut.

Surau Sekolah boleh buat dengan izin guru besar atau pentadbir boleh menunaikan solat gerhana matahari...

Tempat: Surau SKJMB
Jam: 8.00 pagi
Sasaran : Murid tahun 6.Guru yang berkelapangan juga dijemput sama utk menunaikan solat sunat gerhana.

Imam : Al Fadhil Ust. Naza'in bin Abd Rani.

Khatib :Al Fadhil Ust.Wan Ismail bin Wan Ahmad

Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Tiada ulasan: