WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Jumaat, 26 April 2013

INSURANS MURID SKJMB

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1995 :
Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan 


1. Pendahuluan


1.1 Kementerian Pendidikan begitu prihatin mengenai pelbagai risiko
kemalangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah ketika dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah. Begitu juga sewaktu mereka melakukan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan sekolah.
1.2 Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada
21 Jun 1995.
1.3 Skim ini akan berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 1995/1996. Kadar
bayaran bagi seorang pelajar ialah RM1.50 setahun dan akan dimasukkan
bersama dalam bayaran yuran persekolahan tahunan. 


2. Jangka Masa Perlindungan
2.1 Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan
berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun
berikutnya sehingga tamat persekolahan.
2.2 Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi
seluruh dunia. 


3. Penyertaan
3.1 Peserta skim ini adalah semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang
berdaftar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
3.2 Perlindungan ke atas pelajar-pelajar ini tamat serta merta apabila pelajar
tersebut berhenti atau diberhentikan dan menjadi pelajar berdaftar di sekolahsekolah yang dinyatakan di atas.  


4. Bayaran
4.1 Kadar sumbangan/bayaran takaful ialah RM1.50 seorang setahun. Pelajar
dikehendaki membayar sumbangan takaful sekolah. Sekolah hendaklah
menyerahkan pembayaran tersebut terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri
untuk disampaikan kepada Ibu Pejabat Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd.
(STMSB). Bagi melicinkan sistem pemantauan, salinan surat penghantaran
tersebut hendaklah dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
4.2 Pihak sekolah hendaklah mengutip pembayaran ini seperti mana kutipan
yuran lain mengikut proses dan prosedur yang sedia ada di sekolah.
4.3 Pengetua/Guru Besar hendaklah memasukkan bayaran takaful ini ke dalam
borang permohonan kutipan yuran untuk diluluskan oleh pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang mana berkenaan
seperti dilakukan setiap tahun. Adalah menjadi lebih baik jika kelulusan ini
diperolehi sebelum sesi persekolahan akan datang bermula. Proses ini
adalah untuk mempercepatkan pembayaran skim perlindungan ini.
4.4 Semua pembayaran mestilah selesai di peringkat sekolah pada akhir
Januari. Pihak sekolah mestilah menyerahkan kutipan tersebut kepada pihak
Jabatan pada akhir Februari. Sementara pihak Jabatan dikehendaki
menghantar kutipan tersebut kepada pihak Jabatan dikehendaki menghantar
kutipan tersebut kepada Ibu Pejabat STMSB selewat-lewatnya akhir Mac.
4.5 Pihak sekolah bolehlah mendapatkan kerjasama dari berbagai pihak seperti
PIBG bagi membantu pelajar yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran
dalam tempoh yang ditentukan. 


5. Tuntutan Pampasan
5.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh
mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui
sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah
dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran A)
dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan sebagaimana yang
ditentukan oleh STMSB.
5.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan pelajar-pelajar berkenaan
atau waris mereka melalui sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan.
5.3 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu
sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan
kepada pelajar atau ahli warisnya.
5.4 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan
diselesaikan berserta dengan tuntutan yang masih dipertimbangkan akan
dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.


6. Hal-hal Lain
6.1 Maklumat terperinci boleh didapati dari Garis Panduan Skim Takaful ini yang
dikeluarkan oleh pihak STMSB (seperti Lampiran B).
6.2 Pihak sekolah juga boleh merujuk kepada Cawangan-cawangan
Takaful yang terdekat atau menghubungi terus Ibu Pejabat STMSB jika
memerlukan penjelasan atau sebarang kemusykilan. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama dengan lampirannya kepada
semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Yang Berbahagia Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
 Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
 Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Setiausaha I
 Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
 Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Setiausaha II
 Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
 Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Semua Ketua Bahagian
 Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam
 Kementerian Pendidikan Malaysia




Tiada ulasan: