WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Jumaat, 26 April 2013

UPSR:PROGRAM KELOMPOK 3

SKJMB bersama dengan 9 sekolah dalam kelopok 3 telah mengadakan satu program yang mensasarkan peningkatan kualiti akademik pelajar "near miss"lulus dan "near miss"cemerlang. Seramai 24 orang murid dari kumpulan "near miss" lulus dan 24 orang"near miss" cemerlang untuk setiap mata pelajaran teras UPSR telah dipilih.

 Pada 13 April 2013yang lalu, SKJMB menjadi tuan rumah untuk aktiviti kelompok ini bagi murid "near miss" cemerlang Bahasa Inggeris. Cikgu Zaini, PK HEM SK Methodist telah dijemput sebagai penceramah dan pada tarikh yang sama SK Matang Gerdu menjadi tuan rumah kepada murid "near  miss " lulus Bahasa Inggeris.

Pada 27 April 2013 "near miss" cemerlang Matematik diadakan di SK Parit Haji Taib dan serentak dengan itu, SK Sungai Bogak pula diadakan "near miss" cemerlang Sains. Mata pelajaran lain adan diadakan secara berpeingkat

Murid-murid yang terlibat dapat mempelajari pelbagai teknik rahsia sebagai senjata untuk mencapaitarget yang dihasratkan. Para guru juga dapat berkongsi ilmu demi  kejayaan prestasi akademik murid-murid.


Tiada ulasan: