WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Selasa, 26 Februari 2013

Cahaya Mata Bonda

Tahniah Cikgu Shikin yang selamat melahirkan anak ke-3. Bayi comel ini bernama Nur Alisha Bt Muhammad Fadzli ...

Ahad, 24 Februari 2013

BENGKEL PERMAINAN SAHIBBA




Bengkel Permainan Sahiba
Tarikh:14 -2-2013
Temp: Dewan SKJMB
Masa:2.30-5
Penceramah: Tn Hj Tahir,GC SMK Seri Perak

Majlis Pelantikan Pengawas PSS 2013

TARIKH: 14 FEBRUARI 2013
TEMPAT:DATARAN KEJAT


                                       

 Guru besar sedang menyampaikan Watikah Perlantikan kepada salah seorang daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Tahniah...Selamat menjalankan tugas

JADUAL WAKTU UJIAN SELARAS 1 TAHAP 2 SAHAJA

JADUAL UJIAN SELARAS 1(2013) by Bahiyah Rafidi

Sabtu, 23 Februari 2013

Merentas Desa Peringkat Sekolah


Tarikh :31 Jan 2013
Masa: 2.30 petang



GB bersama YDP PIBG dan PK1
Barisan AJK Hadiah...senyum..senyum...
AJK Jamuan...siapa habis lari dapat piza...".cikgu...kalau tak habis?" dapat jugak...
Agensi polis juga turut bekerjasama menjaya rentas desa ini...Thanks  COP!!!
GB menyampaikan hadiah kepada pemenang... 
Tahniah....mmmm...cantik nya tulisan ... cuba teka tulisan siapa..? Kalau betul dapat piza...hiihih
Steady marshall impot..YDP PIBG tak ketinggalan meronda..syabas...!!!
indahnya...credit to Cikgu Tina...
Jual..jual payung boleh terbang....
tolong...ada orang kejar  saya..!!!
barisan guru-guru SKJMB yang menang sorak...hihii
Murid bersedia sebeum larian...siapa nak piza angkat tangan

  
ini contoh guru penyayang ni..yes SKJMB buktikan lagi...

Perarakan Maulid Nabi 2013

 Tarikh:24-1-2013
 Masa:730 pagi
 tempat: IPD Kerian hingga Masjid Bagan Serai
 Pencapaian: ketiga selepas Polis IPD Kerian dan Sekolah Agama Rakyat berhampiran SEMAI
                                         ..

Tahniah kepada semua guru...

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN


Tarikh: 21 Jan 2013 Isnin
Masa: 230 ptg
Tempat:Dewan SKJMB
Perasmi: Encik Zainal Abidin bin Napiah
              Penyelaras ADUN Gunung Semanggol
              Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan
Encik Zainal Abidin sedang  memberi ucapan perasmian

Wajah gembira murid SKJMB...duit bagi kat mak tau...

wakil PPD turut memeriahkan majlis...En.Din..bisik apa tu..?!!

Encik Zainal sedang menyampaikan replika cek

Gunakan duit ini dengan bijak ye...

tempat pertama dimenangi oleh Cikgu Rosli...Ustaz Wan hadiah saguhati...hihihi
Boleh jadi model iklan ni....hihi


Cikgu Zainal dan Ustaz Hasif sedang tekun meneliti nama ibu bapa...

Tulis..jangan tak tulis Cikgu Zul

Amboi..Cikgu Ina dan Cikgu Ainon ni pakat ke baju sama warna...

Baguih sungguh Cikgu  Noorima ni...pembantu yang berdedikasi..tahin depan booking lagi tau...
             
LADAP 1/2013
 Taklimat Pengurusan Tatatertib oleh Unit Tatatertib & Keutuhan JPN
 Tarikh:19Jan 2013
Penceramah : Dhanabalan a/l Sandra Segaran
 Penolong Pengarah SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
Tempat: Dewan Sabar


 

LAWATAN NAZIR BAI'AH



Tarikh: 15 Januari 2013

SENARAI RAKAN KELOMPOK DAERAH KERIAN

LAGU SEKOLAH

SKJMB sekolahku
Gedung mencari ilmu
Majulah terus maju
Tingkat budaya ilmu

Mari kita bersama
Menuju cita mulia
Membentuk peribadi
Ke arah cita suci

Hormat ibu bapa
Guru, rakan sebaya
Beramal berusaha
Pasti terus berjaya

Hormat ibu bapa
Guru rakan sebaya
Beramal berusaha
Pasti terus berjaya
Pasti terus berjaya…….

SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1952 dengan nama Government English Primary School dan kemudian sebagai National Type Primary School. Tapak sementara sekolah ini adalah dalam kawasan SK. Bagan Serai, Jalan Lorong Sekolah.

Pada tahun 1955, bangunan baru (bangunan sekarang ) sekolah ini didirikan di Jalan Anderson yang sekarang dikenali sebagai Jalan Matang Buluh. Bangunan baru ini siap dan mula digunakan pada tahun 1956. Sekolah ini mempunyai sejarah pembinaan yang sama dengan SMK Bagan Serai yang pada ketika itu dikenali sebagai Government English Secondary School, Bagan Serai.

Pentadbiran sekolah ini dan SMK Bagan Serai pada awal penubuhannya sehingga tahun 1961 adalah di bawah satu pentadbiran (seorang Guru Besar). Sesi pagi pelajar Menengah dan sesi petang untuk pelajar Rendah (Primary).

Pada tahun 1962, pentadbiran sekolah ini dibahagi dua iaitu Rendah dan Menengah. Guru Besar Bahagian Menengah ialah Mr. Kartar Singh dan Guru Besar Bahagian Rendah ialah Mr. Tan Pee Teck..

Nama pertama sekolah ini ialah Government English Primary School dan kemudiannya National Type Primary School, Bagan Serai. Seterusnya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bagan Serai dan pada tahun 2000 ditukar kepada SK. Jalan Matang Buluh, Bagan Serai.

Penambahan, penaiktarafan bangunan dan prasarana sekolah ini terus mendapat perhatian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Perak dan Kementerian Pendidikan Malaysia..

Pada tahun 1987 – Bangunan Kantin Baru telah didirikan.
Pada tahun 1999 – Bangunan Tambahan Dua Bilik Darjah telah didirikan.
Pada tahun 2002 – Sebuah bangunan 4 tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah dan bilik-bilik khas telah didirikan.

6 Januari 2003 – Sekolah ini telah mula melaksanakan persekolahan satu sesi (pagi sahaja) dengan jumlah seramai 742 pelajar, 40 orang guru dan 10 orang staf sokongan.

Moto sekolah ini ialah ‘EVER ONWARD’ (Sentiasa Ke Hadapan). Selaras dengan moto tersebut, seluruh warga sekolah ini dan PIBG berpadu tenaga dan bergerak sederap bagi pencapaian cemerlang dan gemilang dari masa ke semasa.

Dalam jangkamasa lebih 50 tahun, sekolah ini telah menghasilkan ramai pelajar cemerlang yang kini menyandang jawatan-jawatan penting di institusi kerajaan dan swasta di seluruh negara. Moga sekolah ini akan berterusan melahirkan insan yang berguna buat bangsa, negara dan agama.