WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Sabtu, 23 Mac 2013

HOKI:SKJMB JOHAN DAERAH!!!

Tarikh:23 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-6.00 petang
Tempat: Padang SMK Bagan Serai

Seramai 6 pasukan lelaki dan 7 pasukan perempuan sekitar Daerah Kerian menyertai kejohanan kali.Keputusannya:
Johan Lelaki: SKJMB
Penjaring terbanyak: Faizul
Pemain Terbaik: Micheal Dass

Johan Perempuan: SKJMB
Penjaring terbanyak: Nur Iwana
Pemain Terbaik: Nur Amera

TAHNIAH!!! moga kejayaan demi kejayaan ditempa berganda untuk pertandingan yang disertai SKJMB yang lain...


Pasukan yang bertanding bersantai sebelum pertandingan dimulakan


Pasukan sekolah  lain sedang mengalas perut sebelum bertanding

Papan Skor

Pekerja SKJMB yang bekerjasama memastikan kawasan padang bersih hingga ke akhir kejohanan..Terima kasih


Pasukan SK Sungai Burung melakukan warm up sebelum pertandingan


Anak Cikgu Hashim ..bakal pemain negara...

Like father like son... ruhaizi

SKJMB (baju merah) sedang beraksi

Cikgu Hasif dan Cikgu Hahim..mmm apa ilmu yang diperturunkan tu..?

Guru pengiring dan pemain- rasanya SK Sungai Burung

Para penonton sedang asyik menyaksikan perlawanan

Cikgu Rahim pun ada


Lekas..kejar bola..!!!

Aksi pemain hoki

Tulis-tulis ..bilangan jaringan...

Cikgu Ratana sedang tekun mencatat

Senyuman manis pegawai teknikal Cikgu Yeap dan Cikgu Hartini

Bergambar sebelum bertanding di peringkat akhir



Guru Besar memberi kata-kata perangsang sebelum perlawanan akhir dimulakan



Para suami dan isteri turut memberi sokongan untuk kejohanan kali ini...syabas!!!

Pasukan lelaki juga turut diberi suntikan semangat oleh Guru Besar
Pasukan bersalaman sebelum pertandingan

Pasukan yang bertanding berkumpul untuk acara penyampaian hadiah


Masih mampu mengukir senyuman walaupun panas terik

Air minuman freeee...

Pemain terbaik



Encik Mazalani, wakil PPD Kerian turut hadiah . Micheal Dass - pemain terbaik
Penjaring terbanyak



Perjaring terbanyak

Juara!!



MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM 2013

Tarikh:22 Mac 2013
Masa : 3.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka



Selasa, 19 Mac 2013

LADAP GURU-GURU SKJMB 2012


LADAP:KURSUS PBS DAN KSSR

Tarikh:15-2-2013 (Jumaat)
Masa:2.30-6
Tempat:Kompleks Wawasan PPD lama
Anjuran:SK Wawasan
Wakil SKJMB:15org
Penceramah:En.Mohd Mazlan bin Harun
JU Kebangsaan KSSR
PK HEM SK Talang,K.Kgsr 


Isnin, 18 Mac 2013

1 MILLION PURPLE WALK


 Tarikh : 17 Mac 2013 (Ahad)
 Masa: 730 pagi
 Tempat : Padang SMK Bagan Serai hingga ke Dataran Bagan Serai



Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Padang SMK Bagan Serai. Seramai 40 orang murid perempuan SKJMB terlibat dengan aktiviti ini. Murid dihadiahkan T-shirt Ungu manakala gurunya.... bermurah hati untuk memperagakan koleksi ungu masing-masing

   


Antara guru SKJMB yang terlibat. Dari kiri: Cikgu Rusline, Cikgu Rosnah dan Cikgu Norasikin(PK3)..mmm mana Cikgu Fatheena ni..?

Antara murid SKJMB yang cergas dan cerdas terut menyertai larian..Syabas!!!

Kain rentang larian
ha... tu dia Cikgu Fatheena... Cikgu Norasikin tak ketinggalan membawa "buah hati"nya bersama-sama.. aiikk purple walk jugak baby Zarra...:)

Ahad, 17 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30

Tarikh: 16 Mac 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SKJMB
Perasmi: Pn. Roziana bt Ariffin
               Penolong PPD Kerian

Mesyuarat telah diadakan dengan jayanya dan bertambah seri dengan adanya puluhan hamper sumbangan guru-guru SKJMB, ibu bapa, ahli koperat dan  perseorangan. Sesungguhnya hamer-hamper  ini menjadi bukti lambang tanda muafakat PIBG SKJMB"Muafakat Membawa Berkat"
Juruacara bersiap sedia sebelum majlis dimulakan

Hamper tersusun rapi

Hamper lagi



AJK Pendaftaran

Cenderahati untuk para hadirin


Muka depan Laporan PIBG

Siapa hadir dapat rantai kunci ni...cantik...
Brosur



 Ucapan YDP PIBG
Dari kiri: PK1, YDP PIBG, GB , Pn. Roziana (perasmi) dan PK3

   Lagi gambar hamper.Jumlah semuanya melebihi 80 buah..TERIMA KASIH para dermawan.Mudahan dimurahkan rezeki..Amin

Pn. Roziana sedang berucap

Majlis diselingkan dengan tayangan slaid





YDP PIBG mengumumkan pemenang hamper yang dicabut oleh Pn. Roziana

Tahniah Cikgu Rosbani ...Bertuah!!!

Cikgu Kamal sedang memberi kata laluan kepada inu bapa untuk mengekses FROG VLE setelah taklimat diberikan


Hadiah Bonanza..apa dia ye...???



Wah ..Penginapan di Bukit Merah Laketown.dan 6 tiket ke Taman Tema Air

Antara para hadirin yang bertuah

Hadiah kipas kepada insan terpilih




GB sedang memberi penerangan

YDP PIBG sedang  memberi penjelasan kepada ahli PIBG


Sebahagian waris yang hadir
Barisan PIBG 2013-2014

Sijil  Penghargaan kepada ahli PIBG 2013

AJK Persiapan Pentas merangkap mengemas pentas..Syabas Cikgu Azman