WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Khamis, 14 Mac 2013

POLISI KESELAMATAN (SOP) SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM

"KEMALANGAN SIFAR"

OBJEKTIF
•Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
•Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pelajaran.
•Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

PERANAN IBUBAPA
•Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak-anak jagaan masing-masing.
•Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berakitan dengan aktiviti yang dijalankan. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
•Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
•Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.
•Menandatangan borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
•Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
•Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

PERANAN GURU
SEMASA AKTIVITI GERKO
•Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya.
•Memahami dan mematuhi tatcara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
•Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan pelajar serta dikemaskini.
•Merekodkan sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam buku rekod kemalangan.
•Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan aktiviti.
•Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.
•Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula aktiviti dijalankan. Borang ini difailkan dalam fail Kebenaran Menyertai Aktiviti di bilik GPK Kokurikulum.
•Hadir di tempat aktiviti 15 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini.
•Mencatat kehadiran pelajar.
•Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar.
•Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
•Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
•Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan.
•Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak polis bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan.
•Menyediakan senarai barang-barang keperluan pelajar.
•Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga.
•Mengedarkan borang keperluan ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum aktivtiti dijalankan.
•Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
•Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
•Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
•Mengatur program yang sesuai.

PROSEDUR TETAP (SOP) PELAJAR SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. SUKAN DAN PERMAINAN
•Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini sebelum menjalankan aktiviti.
•Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
•Bergerak ke kawasan sukan setelah menerimaarahan daripada guru.
•Mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dan permainan.
•Laporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika alat yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan digunakan dan laporkan kepada guru .
•Melaporkan kemalangan yang berlaku kpad guru bertugas.

2. UNIT BERUNIFORM 
•Mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
•Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
•Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli .
•Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
•Tunggu arahan daripada guru penasihat.
•Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
•Sekiranya berlaku kemalangan ikut tatacara menghadapi kemalangan dan beri rawatan.

3. KELAB / PERSATUAN 
•Pelajar berada di tempat tepat pada masa yand ditetapkan.
•Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
•Memakai pakaian yang telah ditetapkan.
•Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti.
•Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan dengan segera dan laporkan kepada guru.
•Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan akiviti ,guru penasihat hendaklah melaporkan kepada ibu bapa dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

4. LAWATAN SAMBIL BELAJAR
•Pelajar melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan menyerahkannya kepada guru penasihat.
•Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai.
•Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing.
•Bawa peti kecemasan yang lengkap.
•Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
•Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru.
•Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
•Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik , tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.

5. AKTIVITI PERKHEMAHAN
•Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru.
•Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
•Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.
•Dirikan khemah di kawasn sesuai .
•Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa.
•Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
•Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
•Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
•Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
•Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah minta pertolongan kecemasan dengan segera.
•Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.
•Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
•Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
•Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
•Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1995 
Surat Pekeliling Tambahan Ikhtisas 9/2000

Tiada ulasan: