WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Selasa, 7 Januari 2014

ID dan Password Frog VLE

Cara Ibu Bapa mendapatkan ID dan Password Frog VLE

Assalamualaikum... Salam 1bestarinet.
Makluman kepada seluruh komuniti SK Jalan Matang Buluh, pihak sekolah akan menggunakan platform Pembelajaran Maya Frog VLE (Virtual Learining Environment), iaitu projek 1Bestarinet Kementerian Pelajaran Malasyia. Guru, pelajar dan ibu bapa akan berada di bawah satu komuniti SK Taman Seri Wang di bawah satu platform yang sama. Projek 1Bestarinet di SKJMB masih berada pada Fasa Pengenalan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
Ibu bapa juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan menggunakan ID dan Password yang telah sedia ada. Cara ibu bapa untuk mendapatkan ID dan Password secara atas talian (online) akan ditunjukkan mengikut langkah-langkah yang berikut:
1) Sila ke laman web  http://www.yes.my dan klik 1BestariNet
2) Klik Tab Parent
3) Klik Retrieved My ID
4) Masukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh diruang yang disediakan.
Tips : * Boleh tsip satu perkataan daripada nama anda. Cth : Muhammad Omar B Ali. Cuma taipkan Omar. 
         * Tukarkan Binti dengan Bt atau Bin dengan B sahaja jika taip nama penuh. 
Kemudian klik  Search
5) Nama dan Yes ID anda akan terpapar. Masukkan emel dan no tel di ruang yang disediakan. Klik Update. Password akan diberikan ke telefon bimbit dan emel yang didaftarkan sebentar tadi. 
6) Untuk mengakses Platform VLE Frog SK Jalan Matang Buluh, sila ke https://abb3047.1bestarinet.net  . Masukkan Yes ID dan Password ke ruang yang disediakan. Kemudian klik Login.
7) Untuk pertama kali login, tick pada Click Here to accepet term and conditions. kemudian Klik Accept.
MARI KITA LOG IN KE VLE FROG

 https://abb3047.1bestarinet.net