Cara Ibu Bapa mendapatkan ID dan Password Frog VLE
Assalamualaikum... Salam 1bestarinet.
Ibu bapa juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan menggunakan
ID dan Password yang telah sedia ada. Cara ibu bapa untuk mendapatkan ID
dan Password secara atas talian (online) akan ditunjukkan mengikut
langkah-langkah yang berikut:
1) Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet
2) Klik Tab Parent
3) Klik Retrieved My ID
4) Masukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh diruang yang disediakan.
Tips : * Boleh tsip satu perkataan daripada nama anda. Cth : Muhammad Omar B Ali. Cuma taipkan Omar.
* Tukarkan Binti dengan Bt atau Bin dengan B sahaja jika taip nama penuh.
Kemudian klik Search
5) Nama dan Yes ID anda akan terpapar. Masukkan emel dan no tel di ruang
yang disediakan. Klik Update. Password akan diberikan ke telefon bimbit
dan emel yang didaftarkan sebentar tadi.
6) Untuk mengakses Platform VLE Frog SK Jalan Matang Buluh, sila ke https://abb3047.1bestarinet.net . Masukkan Yes ID dan Password ke ruang yang disediakan. Kemudian klik Login.
7) Untuk pertama kali login, tick pada Click Here to accepet term and conditions. kemudian Klik Accept.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan